Jumaat, 11 Mei 2012

Selamat Hari Ibu**

yehuuU!!
<<i' am back>>
huhh...lama jugak aku tinggalkan my baby blog nie..
rindu sangat2..
tersangat2 rindu..
rindu nak luahkan bermacam-macam rasa kat my baby blog ni..
hehehe
semakin lama aku tinggalkan blog aku ni semakin berdarah2 hati aku..
huahahaha

firstly>> SELAMAT HARI IBU <<
to all ibu2 kat Malaysia n ibu-ibu seluruh dunia
sayang ibu

aku panggil my ibu "maK"
mak..mak..
sayang mak sangat2!!
apa yang aku lakukan kat dunia ni semuanya kerana mak
aku sanggup lakukan apa jer demi my mak..
xda apa yang paling penting selain mak aku..
mesti korang suma pun macam tu jugak kan..
semua manusia kat dunia ni sayang mak masing2 termasuk aku..
mak aku segala-galanya

disini aku nak kongsikan kisah aku ; ibuku
aku kehilangan ayah aku masa aku kecil lagi..
aku juga ditinggalkan ibu ku kerana dia terpaksa meninggalkan ku
bermula dihari itu..hidupku terumbang ambing
xda arah tuju..
terkontang kanting aku tanpa kasih seorang ibu
..........

aku tinggal bersama ibu saudaraku dikala aku masih memerlukan kasih seorang ibu..
aku redha
kerana aku memahami situasi keluargaku..
aku juga berterima kasih pada ibu saudaraku yang menjaga aku makan dan minum..
segala2nya cukup walaupun  aku hidup tanpa kasih seorang ibu..
aku juga sangat menyayanginya..

diusia yang sangat muda aku terpaksa mengenali semuanya seorang diri..
adik aku pergi bersama ibuku..
aku berkasih sayang dan menumpang kasih dari insan lain..
sedih..sangat sedih tapi aku perlu kuat untuk teruskan kehidupanku..
tapi..
aku tak pernah menyalahkan sesiapa sebab aku tahu ada hikmah disebalik semuanya yang berlaku
sekarang aku dah mendapatkan hikmah itu..
aku bahagia dengan kehidupan sekarang..
sudah dapat bersama2 keluarga yang tersayang..

walaupun aku sudah mendapatkan kehidupan baruku..
itu tak pernah bermakna aku sudah melupakan ibu saudaraku yang dah banyak berkorban untuk aku
kerana setiap cuti semester aku akan pulang ke rumahnya
dimana tempat yang mengajarku erti kehidupan..

so,,
wat kawan2 ku hargailah kehidupan kita sekarang ni..
semoga kita mendapat apa yang kita inginkan..
kerana kehidupan xkan pernah sempurna dengan ketidaksyukuran kita..

``~pEacE~``


2 ulasan: