Mata sebelah kiri bergerak. Rimas. Hati rasa tidak sedap dan berdebar-debar. Apa tandanya ya? Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku. Ya Allah! jauhkanlah, aku mohon pada-Mu.
Orang tua cakap, itu tanda kita nak menangis, tapi tidak pasti samada menangis sebab perkara buruk atau sebaliknya. Huhu…harap-harap semuanya perkara baik-baik yang berlaku. Amin.
Kemudian aku pergi google, dan ini lah jawapannya;.
Jawapan orang tua-tua:
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Dan, ini untuk anggota badan lain yang bergerak…hihi..sekadar rujukan, terpulang mahu percaya atau sebaliknya…
Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
~~segala apa yang berlaku dan terjadi adalah ketentuan daripada Tuhan Yang Maha~
DIA telah menetapkan dan segalanya telah tertulis didalam Luh Mahfuz kita
apa yang telah kita katakan menjadi kenyataan,,
itu adalah satu kebetulan yang tidak dijangkakan
kerana,,,
segala yang datang hanya daripada ALLAH SWT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan