Ahad, 6 Mei 2012

***kEnangaN iTu***

malam yang betul2 buat aku rasa sedih..
kenapa yer??
mungkin aku rindu pada seseorang yang bergelar ayah!
aku terbaca satu post kt fb daripada someone yang berkaitan dengan ayah..
adu,,siap boh youtube..lagu ayah lagi tu<<nyanyian Aiman>>
huhuhu...bila aku dengar jerkk terus meresap dalam hati..
sakitnya, seksanya hidup tanpa seorang yang bergelar ayah..
Allah lebih menyayanginya lagi..
diambil_Nya 'dia' dari hidup aku..
terkapai2 aku dalam kehidupan ni bersama keluarga ku..

ada hikmah disebaliknya..
aku harap sangat2 ayahku tenang disana..

kenangan??
aku dah lupa kenangan semasa aku bersama dengan dia..
tu yang membuatkan aku rasa lagi sedih sebab aku xada langsung kenangan yang boleh aku ingatkan untuk menghilangkan kerinduan aku padanya..
aku xdapat ingat balikk!!
kenangan tu semua dah pergi jauh..
"abah maafkan diriku kerana xdapat nk ingatkan kembali kenangan diwaktu dulu, itu bukan disengajakan kerana dirimu pergi semasa diriku masih lagi belum mengenal ABC.. aku kecewa dengan diriku..
maafkan aku abah..aku sangat2 rindukan dirimu..sangat2 ingin melihat wajahmu kerana aku tidak dapat mengingati wajahmu..aku tidak dapat mengenali siapa dirimu sebagai seorang ayah....."

Ya Allah,,
19 tahun aku hidup tanpa kasih seorang ayah
aku sangat2 menginginkan bagaimana kasihnya seorang ayah terhadap anaknya
bahagiakah bila mana kita mendapat kasih sayang dari sang ayah??
sempurnakah??

Ya Allah,,
aku begitu merinduinya..
aku sangat2 ingin merasai bagaimana seorang ayah itu menyayangi anaknya..
aku juga mahu seperti ini..
"abah, along rasa nak makan sate la"
mahu bertanya itu dan ini..
dan....
aku juga mahu merasai solat berjemaah bersama seorang ayah
mahu makan malam bersama2 disatu meja
mahu pergi picnic dengan sebuah keluarga yang lengkap

tapi..
semua tu cuma boleh hadir dalam mimpi aku ja
sebab...
semua tu mustahil untuk aku kecapi kerana 'dia' telah tiada lagi di sisiku..

Ya Allah,,
andai aku diberi kesempatan..
pertemukanlah aku dengan insan yang amat aku sayangi ini walaupun hanya didalam mimpi..

~ini ja yang aku ada..sebagai ingatan ku pada dirinya yang amat aku sayangi~
abah..
along rindukan abah..
semoga abah tenang disana..
semoga abah di tempatkan di tempat orang2 yang beriman
[AMIN]





Tiada ulasan:

Catat Ulasan