Rabu, 30 Mei 2012

Dia dataNg laGi diHatiku~~

hatiku disakiti,,
aku terluka kerana menyintai insan yang sudah berpunya

tuhan,,
beriku ketabahan andai aku terpaksa begini
aku rela walaupun terpaksa melihatnya dalam diam
aku rela melihat kesempurnaan dalam kehidupannya
aku juga rela andai dia berbahagia dengan insan pilihannya

tuhan,,
hatiku gelisah saat bertemu dengannya
hatiku sayu melihat wajahnya
kerana aku tahu,,,dia tidak akan pernah menjadi miliku

tuhan,,
aku terpaksa senyum untuk menyembunyikan segala yang terbuku dihati
aku terpaksa menidakkannya walaupun aku tak pasti
aku juga terpaksa melupakannya demi kebahagiaanku

tapi,,
mampukah aku dengan semua ni??
kerana hatiku sudah benar2 menjadi miliknya
hatiku juga sudah benar2 menyayanginya

ya Allah,,
andai aku tidak diberi kesempatan untuk menyintainya
buangkan dia dari ingatanku
hapuskan dia dari segala kenangan2 lalu
kenangan yang sangat menyakitkan tu
kenangan yang wat aku semakin menyukainya
dan segala yang pernah aku lalui bersamanya

kerana aku tak mampu menghadapi cinta ini
kerana aku juga tak mampu melihat rindunya dengan yang lain...



Ahad, 20 Mei 2012

aKu~~

aku..
rasa ingin disayangi..
tapi..
segala kenangan lalu buat aku rasa takut..
teramat takut..
aku takut nak kenal erti kebahagiaan tu
sebab aku takut diri aku akan dikecewakan lagi seperti dulu

ya Allah,
dimana ketabahan untuk aku?
aku sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik untukku
aku memohon keampunan andai aku sentiasa cemburu dengan kehidupan yang lain
kerana aku juga ingin merasa kebahagiaan itu
aku berharap disatu masa nanti kebahagiaan yang aku cari itu akan menjadi milik aku

~insyaAllah~
segala permulaan dan pengakhiran hidup seseorang manusia itu datangnya dari-Mu

Jumaat, 18 Mei 2012

,,jiWakU

kawan
xhabis2 masalah dengan kawan
jenuh la tiap2 hari nk makan hati
tapi nak wat macam mana dah tu lumrah hidup berkawan
kalau ikutkan hati aku memang aku xkan pandang dah kawan macam ni
tapi
hati ni..xsanggup..ntahla..
nak wat jahat pun xley
aku pun bukan saja2 nak sakit hati
dah macam tu dia wat kat aku
aku lagi sepuluh kali aku wat kat dia
antara dia sedar or tak jer

aku sayang kawan2 aku
cuma dorg ja xpernah tahu macam mna nk menghargai aku macam aku menghargai dorg
aku xsalah kan sesiapa
aku tahu setiap manusia punyai salah silap
kerana mereka juga insan dan manusia biasa
yang penting aku syg mereka2 yang menyayangiku

~~ForeVer~~


Khamis, 17 Mei 2012

profile ahli big bang


seungri
nama-seungri
nama sebenar-lee seung hyun
posisi-vokalis,keografer
tarikh lahir-12.12.1990
tinggi-176 cm
berat-60 kg

daesung
nama-daesung
nama sebenar-kang dae sung
posisi-vokalis
tarikh lahir-26.4.1989
tinggi-173 cm
berat-62 kg

g-dragon
nama-g-dragon
nama sebenar-kwon jiyong
tarikh lahir-18.8.1988
tinggi-177 cm
berat-58 kg
t.o.p
nama-t.o.p
nama sebenar-choi seung hyun
tarikh lahir-4.11.1987
posisi-rappez
berat-65 kg
tinggi-180 cm

taeyang
nama-taeyang
nama sebenar-dong young bae
tarikh lahir-18.5.1988
posisi-vokalis,keografer
berat-56 kg
tinggi-174 cm

~~love bigbang a alot~~

=maK=

makkk!!!
along sayang mak sangat2

mak..
along tahu banyak salah along kat mak
along selalu wat mak marah,sedih,sakit hati dan macam2 lagi
tapi along bukan sengaja buat semua tu
along tertekan dengan semua2 ni
along rasa tanggungjawab yang along tanggung ni berat sangat2
along minta maaf mak
along xpernah menyesal dengan kehidupan kita
cuma kadang2 along xtahu macam mana nak menghadapinya tanpa sokongan sesiapa disisi along

mak
along cuba dengan sepenuh hati along untuk terusan kehidupan ni
along cuba untuk berhadapan dengan dugaan yang melanda keluarga kita
along cuba
sebab along sayang mak
along tahu cukup susah untuk kita menghadapi masyarakat yang selalu mengutuk dan mengata keluarga kita
insyaAllah dengan berkat yang ada kita cuba mak

mak
along bangga sebenarnya mempunyai ibu macam mak ni
mak tabah orangnya walaupun mak xtahan dengan semua ni
along tahu mak kuat
mak boleh teruskannya
mak cukup hebat

mak
walau apa yang berlaku pun along tetap sayang mak
terima kasih kerana sudi terima along jadi anak mak
terima kasih mak
kita berusaha demi keluarga kita

~~sayang mak~~

Ahad, 13 Mei 2012

uNtuK Dia

Lirik Lagu Untuk Dia – Sleeq ft. Najwa Latif
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

## lagu ni bez sangat2,, SweEt ##
cubala n try la dengar kat youtube
pilihan ditangan anda
hehehe

Sabtu, 12 Mei 2012

Dia--DihatikU

julung-julung kalinya aku nak memperkenalkan sahabat baikku
iaitu...... (jEng3--->>> Siti Halimah Binti Zakaria)
sapa ni-sapa ni??
xknai??
nak knai dak??
ni dia

*tarra*

nila empunya badan
cantikkan??
niy,,kawan baik aku besh frend taw
aku sayang dia sangat2.
sayang sangat2
dia baik sangat2 ngan aku
dia sanggup nangis kerana aku taw,,{jgn jelez k,hehe}
baikkan

aku sayang dia
sampai bila2 aku tetap sayang dia
dia tetap dihatiku

walau datang ramai and banyak mana pun kawan
xda sapa yang boleh gantikan dia
xda sapa pun yang seperti dia
sebab dia is Only One

walaupun aku dan dia jarang bercontact
dah lma jugak xberjumpa tapi aku tahu dia selalu ingat aku
aku jugak sentiasa ingat dia
kat mna aku pergi aku hanya ingat dia
xda sapa pun bisa gantikan dia

~mah,,thanks to be my sweet friend~
kami sayang ampa sangat2

|| my bff ||


|| kerana rupa ||

haiisyyhh...
malam2 macam ni la aku susah sangat nak tidoq...
napa la ngn mata aku ni..
suh tidoq xmau..asyik dok melalak ja mata ni..
ish2..mata2..
time2 ni jugak la macam2 ada rasa manis,,masin,,pahit,,kelat,,tawaq,,apa lagi ekk..??
hahaha

masa ni jugak la aku nak teringatkan kisah silam yang takkan pernah aku lupakan..
aku nak share something
sesuatu yang menjadi pertanyaan dalam hidup aku
iaitu........
"KECANTIKAN"
penting sangat ke dalam kehidupan ni??
kenapa setiap apa yang berlaku orang akan memandang paras rupa??
kenapa aku selalu merendah diri kerana paras rupa??
kenapa..kenapa..kenapa
aku tahu aku tak cantik
aku sedar
sangat2 sedar
tolonglah jangan tunjukkan bahawa aku ni xcantik
sebabb
aku malu sangat2
aku akan DOWN
korang suma mesti pham kan apa tu DOWN
rasa macam sesuatu benda tu jatuh dan menyebabkan aku macam dah mati
..............

kenapa perlu bandingkan aku dengan orang yang cantik2??
kenapa perlu menyuruh aku itu dan ini supaya aku nampak cantik??
kenapa??
aku dah bosan dengan semua ni..
bosan sangat2
bosan dengan keletah manusia yang sentiasa memilih kerana RUPA

aku hilang cinta kerana RUPA
aku hilang kasih sayang kerana RUPA
dan aku hilang keyakinan jugak kerana RUPA
aku.................[blurr,,sampai xtahu nak berkata2 apa lagi]

maaflah kerana aku xsempurna
aku hanya insan dan manusia biasa jer
aku xmampu nak mengubah itu dan ini hanya kerana aku mahu jadi cantik
aku terima diri aku seadanya
kerana aku bersyukur diatas apa yang telah dikurniakan oleh yang maha Esa
cuma aku buntu dengan manusia2 yang memilih kerana rupa

biarlah..
aku redha andai aku begini
tiada manusia yang sempurna selain daripada iman dan taqwa hanya kepada Allah



~terima kasih kepada semua yang telah mereject aku kerana rupa~



keGilaaNku

<mood malam2 yang tengah mengelamun>

then..
kat sini aku nak kongsikan minat aku yang menjadi kegilaan aku..
memang xkan pernah padam dalam kamus hidupku yang bergelar NORHASLINZA
hahaha..
sapa2 yang kenal aku, aku ni memang salah seorang yang kaki karoake
xsalah kan kalau kita karok??
ramai yang akan pandang kalau orang yang suka karoake ni sosial la, prngai xelok la apala..
mana dorg tahu, orang yang suka karoake ni kaki sosial??
dorg pernah ker rasai pglamn mcm tu??
msuk blik karoake pon xpernah
ni pndai plak nk mgta org itu ini..
bukannya dok wat dosa lam tu..
nyanyi sama2 kita..
hilangkan stress..
ya,,memangla ada yang cakap klu ada masalah kita kena berdoa..
yang tu satu kewajipan bagi setiap hamba Allah..
aku lak ada cara aku disamping berdoa..
orang yang xtahu cara aku n kenal aku xkan tahu siapa aku

bagi sesiapa yang dah memang memahami aku dia akan tahu siapa diri aku..
thanks kepada yang sudi menemani aku untuk karoake..
ramai kawan-kawan aku yang memahami aku..
tima kasih ya korang
sayang korang sangat2

88..wiff diye..88

"p/s : xsemestinya yang nak karok tu kena ada suara power mcm Dato' Siti~~

dEritakU

sedih...sedih....
nak nangis.......
napa2..??
sumanya berlaku dalam sekelip mata jer..
napa2..??
hati ni masih lagi mengingatinya sedangkan aku sudah membencinya...
huawahuawaa
{{ada x sapa2 bleh bantu aku}}
aku dah xthu mcm mna perlu melupakan kesakitan ni,,
sakit sangat2..
luka ni masih berdarah lagi sebenarnya,,
walaupun saat2 tu dah lma tinggalkan aku..
aku kini menjadi seorang yang sangat2 penakut
takut untuk berhadapan degan realiti kehidupan yang sebenar..

macam mna untuk aku teruskan kehidupan sedangkan aku masih belom dapat melupakan dia.
huhuhuhuhu
aku mahu sangat2 melupakan "dia"
kerana aku xsanggup untuk menahan rasa yang sakit ni lagi..

kepada sang hati..
lupakan dia..
dia dah banyak sakitkan hatimu..
dia xlayak untuk mu..
nantikan insan yang terbaik untuk mu..
kamu boleh..Yakin boleh..

*QQsabarlah duhai hatikuQQ*

Jumaat, 11 Mei 2012

Andai Dia Milikku'''

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amin...


Selamat Hari Ibu**

yehuuU!!
<<i' am back>>
huhh...lama jugak aku tinggalkan my baby blog nie..
rindu sangat2..
tersangat2 rindu..
rindu nak luahkan bermacam-macam rasa kat my baby blog ni..
hehehe
semakin lama aku tinggalkan blog aku ni semakin berdarah2 hati aku..
huahahaha

firstly>> SELAMAT HARI IBU <<
to all ibu2 kat Malaysia n ibu-ibu seluruh dunia
sayang ibu

aku panggil my ibu "maK"
mak..mak..
sayang mak sangat2!!
apa yang aku lakukan kat dunia ni semuanya kerana mak
aku sanggup lakukan apa jer demi my mak..
xda apa yang paling penting selain mak aku..
mesti korang suma pun macam tu jugak kan..
semua manusia kat dunia ni sayang mak masing2 termasuk aku..
mak aku segala-galanya

disini aku nak kongsikan kisah aku ; ibuku
aku kehilangan ayah aku masa aku kecil lagi..
aku juga ditinggalkan ibu ku kerana dia terpaksa meninggalkan ku
bermula dihari itu..hidupku terumbang ambing
xda arah tuju..
terkontang kanting aku tanpa kasih seorang ibu
..........

aku tinggal bersama ibu saudaraku dikala aku masih memerlukan kasih seorang ibu..
aku redha
kerana aku memahami situasi keluargaku..
aku juga berterima kasih pada ibu saudaraku yang menjaga aku makan dan minum..
segala2nya cukup walaupun  aku hidup tanpa kasih seorang ibu..
aku juga sangat menyayanginya..

diusia yang sangat muda aku terpaksa mengenali semuanya seorang diri..
adik aku pergi bersama ibuku..
aku berkasih sayang dan menumpang kasih dari insan lain..
sedih..sangat sedih tapi aku perlu kuat untuk teruskan kehidupanku..
tapi..
aku tak pernah menyalahkan sesiapa sebab aku tahu ada hikmah disebalik semuanya yang berlaku
sekarang aku dah mendapatkan hikmah itu..
aku bahagia dengan kehidupan sekarang..
sudah dapat bersama2 keluarga yang tersayang..

walaupun aku sudah mendapatkan kehidupan baruku..
itu tak pernah bermakna aku sudah melupakan ibu saudaraku yang dah banyak berkorban untuk aku
kerana setiap cuti semester aku akan pulang ke rumahnya
dimana tempat yang mengajarku erti kehidupan..

so,,
wat kawan2 ku hargailah kehidupan kita sekarang ni..
semoga kita mendapat apa yang kita inginkan..
kerana kehidupan xkan pernah sempurna dengan ketidaksyukuran kita..

``~pEacE~``


Isnin, 7 Mei 2012

--s! JantunG hat!--

haa,, time ni aku nak kongsikan kehidupan aku di MKM
tmpat apa tu MKM??
Maktab Koperasi Malaysia
xtahu??
alarh..ni tmpat belajar la..
klu x mcm mna aku bleh ada kt sni..hahaha

alhamdulillah kehidupan aku disini berjalan dengan lancar..
kehidupan sebagai seorang mahasiswi sungguh mencabar
kerana,,
berbagai-bagai tugasan aku perlu buat dan siapkan..
tugasan individu dan berkumpulan..

tapi yang seronoknya aku dapat menjadi seorang mahasiswi..
kalau dulu jadi pelajar sekolah,,sekarang tak lagi..
dah naik pangkat sikit..<<alhamdulillah>>

dalam dok sibuk ngan tugasan-tugasan yang berlambak ni..
masih sempat lagi aku nak kongsikan bilik aku yang xseberapa cantikk ni..
hehehehe

***++my cindeBerra Room++***
~~bLiiNgg~~


<<..hahaha..>>
serabut tol aku tengok bilik aku
xnmpak mcm bilik anak dara pun..haiissshh,,
wat malu jer..
hehe..
apa-apa pun aku kat sini hepi living wif my beloved roomate
hepi sangat ^_^

^
^
menghabiskan masa kt sini satu hari pun aku tak kisah sebab kat sini la aku leh wat apa pun yg aku suka!!
hahaha

insyaAllah``
ada jodoh aku akan mendapat roomate yang dapat memahami aku lagi

*~Nite`s MalaM~*

Ahad, 6 Mei 2012

## mAtA ##


Mata sebelah kiri bergerak. Rimas. Hati rasa tidak sedap dan berdebar-debar. Apa tandanya ya? Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku. Ya Allah! jauhkanlah, aku mohon pada-Mu.
Orang tua cakap, itu tanda kita nak menangis, tapi tidak pasti samada menangis sebab perkara buruk atau sebaliknya. Huhu…harap-harap semuanya perkara baik-baik yang berlaku. Amin.
Kemudian aku pergi google, dan ini lah jawapannya;.
Jawapan orang tua-tua:
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
 Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
 Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
 Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Dan, ini untuk anggota badan lain yang bergerak…hihi..sekadar rujukan, terpulang mahu percaya atau sebaliknya…
Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

~~segala apa yang berlaku dan terjadi adalah ketentuan daripada Tuhan Yang Maha~

DIA telah menetapkan dan segalanya telah tertulis didalam Luh Mahfuz kita
apa yang telah kita katakan menjadi kenyataan,,
itu adalah satu kebetulan yang tidak dijangkakan
kerana,,,
segala yang datang hanya daripada ALLAH SWT

***kEnangaN iTu***

malam yang betul2 buat aku rasa sedih..
kenapa yer??
mungkin aku rindu pada seseorang yang bergelar ayah!
aku terbaca satu post kt fb daripada someone yang berkaitan dengan ayah..
adu,,siap boh youtube..lagu ayah lagi tu<<nyanyian Aiman>>
huhuhu...bila aku dengar jerkk terus meresap dalam hati..
sakitnya, seksanya hidup tanpa seorang yang bergelar ayah..
Allah lebih menyayanginya lagi..
diambil_Nya 'dia' dari hidup aku..
terkapai2 aku dalam kehidupan ni bersama keluarga ku..

ada hikmah disebaliknya..
aku harap sangat2 ayahku tenang disana..

kenangan??
aku dah lupa kenangan semasa aku bersama dengan dia..
tu yang membuatkan aku rasa lagi sedih sebab aku xada langsung kenangan yang boleh aku ingatkan untuk menghilangkan kerinduan aku padanya..
aku xdapat ingat balikk!!
kenangan tu semua dah pergi jauh..
"abah maafkan diriku kerana xdapat nk ingatkan kembali kenangan diwaktu dulu, itu bukan disengajakan kerana dirimu pergi semasa diriku masih lagi belum mengenal ABC.. aku kecewa dengan diriku..
maafkan aku abah..aku sangat2 rindukan dirimu..sangat2 ingin melihat wajahmu kerana aku tidak dapat mengingati wajahmu..aku tidak dapat mengenali siapa dirimu sebagai seorang ayah....."

Ya Allah,,
19 tahun aku hidup tanpa kasih seorang ayah
aku sangat2 menginginkan bagaimana kasihnya seorang ayah terhadap anaknya
bahagiakah bila mana kita mendapat kasih sayang dari sang ayah??
sempurnakah??

Ya Allah,,
aku begitu merinduinya..
aku sangat2 ingin merasai bagaimana seorang ayah itu menyayangi anaknya..
aku juga mahu seperti ini..
"abah, along rasa nak makan sate la"
mahu bertanya itu dan ini..
dan....
aku juga mahu merasai solat berjemaah bersama seorang ayah
mahu makan malam bersama2 disatu meja
mahu pergi picnic dengan sebuah keluarga yang lengkap

tapi..
semua tu cuma boleh hadir dalam mimpi aku ja
sebab...
semua tu mustahil untuk aku kecapi kerana 'dia' telah tiada lagi di sisiku..

Ya Allah,,
andai aku diberi kesempatan..
pertemukanlah aku dengan insan yang amat aku sayangi ini walaupun hanya didalam mimpi..

~ini ja yang aku ada..sebagai ingatan ku pada dirinya yang amat aku sayangi~
abah..
along rindukan abah..
semoga abah tenang disana..
semoga abah di tempatkan di tempat orang2 yang beriman
[AMIN]