Sabtu, 28 April 2012

hANya pAda-MU


Ya tuhan,,
Aku bermohon kepada Mu supaya menabahkan aku dalam menangani apa jua keadaan yang datang melandaku..aku sebenarnya lemah dalam ujian yang KAU berikan kepada aku..aku takut untuk berhadapan dengan masalah aku sendiri sebenarnya..aku sentiasa takut untuk tahu dimana sebenarnya silap aku..

Tuhan,,
Aku tak tahu kenapa aku selalu lupa kepada Mu??aku alpa dengan kehidupan dunia ini..aku ni manusia yang tak pernah reti bersyukur,,maafkan aku ya Allah..aku sebenarnya takut kepada Mu tapi di sebabkan kelalaian aku, aku menjadi seorang manusia yang ego,manusia yang tak pernah reti untuk bersyukur kepada Mu dan manusia yang hipokrit menjadikan aku manusia yang sentiasa mahu jadi yang terbaik sedangkan aku ni lalai dalam menyembah Mu..manusia apakah aku ini??...

Ya Allah,,
Ampunkan dosa2 ku..aku mahu jadi seorang hamba Mu yang taat kepada Mu dan menjadi seorang hamba Mu yang sentiasa mengingati Mu walaupun pada ketika itu aku telah mendapat sebesar nikmat daripada Mu..aku tidak mahu menjadi seorang hamba yang lupa kepada janji2ku.aku malu kepada Mu ya Allah kerana aku telah banyak melakukan dosa dan tanpa puas aku sentiasa melakukannya..aku bermohon setiap keinsafan yang aku rasakan akan sentiasa melekat di dalam hati ku ini dan aku akan menjadi seorang manusia yang benar2 mengingati Mu…

Ya Allah,,
sementara aku masih lagi hidup didunia ini aku bermohon di atas kesempatan yang ada..pertemukanlah aku dengan seseorang yang benar2 menyayangi aku..aku tahu terlalu sukar untuk aku mendapatkan seseorang yang begitu sempurna seperti insan yang benar2 menyayangi aku, insan yang benar2 boleh menerima diri aku seadanya dan insan yang begitu taat kepada_Mu..

Ya Allah,,
senentiasanya aku sentiasa meminta petunjuk kepada Mu supaya Engkau sentiasa membuka ruang di hati ku jika lelaki itu tidak seperti yang aku inginkan kerana aku percaya setiap apa yang Engkau pertemukan untuk aku adalah yang terbaik untuk diri aku,,aku sentiasa bermohon kepadaMu bahawa lelaki yang akan menemani ku adalah insan terpilih Mu iaitu insan yang terbaik buat diriku..................

Ya Allah,,
siapa di antara insan Mu yang akan menerima cinta aku??aku ingin sekali tahu siapakah dia??..walau kadang kala aku telah menyukai seseorang aku perlu akur dengan hati aku supaya berpegang pada janjiku dan berdiam diri serta menunggu saja datangnya insan yang bergelar kekasih..walaupun penat menunggu insan istimewa ini aku tahu mungkin selepas ini insan itu akan memberikan kebahagiaan yang tiada tandingnya untuk diri aku..insyaAllah....Aminnn....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan