Sabtu, 21 April 2012

Hampa




TOKI..."HAMPA"

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

( korus )
Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

( korus )
Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh



sedihkan dengar lagu ni?? aku pun..lagu ni pernah ditujukan buat aku masa kisah cinta cintan dulu la.. hurmmm, aku ni mcm tu ka?? dalam dunia percintaan tiada apa yang betul dan aku xboleh nk bg harapan pada siapa2 sebab kita tak boleh paksa tentang CINTA.. apa yang boleh aku katakan pada sia dia yang dah lama aku tinggalkan..aku xboleh mengecewakan dia..lebih baik aku sakitkan hati dia dari dia terus mengharapkan aku.. tapi..........................,,,,, sekarang aku yang merana kerana cinta..aku yang ditinggalkan kerana cinta,,adilkan dunia ni..dia bagi kita bahagia dan berikan kita juga kesedihan..kalau dulu kita kecewakan seseorang sekarang kita pula yang akan dikecewakan..apa2 pun hati2 dengan cinta kerana ia sangat sakit bila cinta itu telah tinggalkan kita..manisnya saat pertemuan dan sakitnya bila tibanya saat perpisahan walaupun bukan itu yang kita inginkan..

buat yang masih lagi bersama yang tersayang,,hargailah 'dia' kerana kita akan menyesal setelah kita tinggalkan 'dia'..sayangi dia setulusnya..ikhlas hati menyintai 'dia' dan cintai dia seperti mana dia menyintai dirimu..jangan kerana "orang ketiga" cinta kita berakhir..ingatlah saat2 pertama kali pertemuan kita dengan sidia..bahgiakanlah sidia walaupun saat2 itu kita tidak mampu dibahagiakan..kerana setiap insan hanya mahu <CINTA YANG BERKEKALAN> sahaja..

wassalammm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan