Isnin, 30 April 2012

sAhaBat ( 친구 )

<persahabatan abadi>
perkara yang sangat penting dalam kehidupan aku..
perkara yang selalu bermain-main difikiran aku..
kadang-kadang dalam kehidupan aku sahabat tu dah macam sebati dalam kehidupan ni..
aku tak pernah minta pun apa-apa yang berkaitan sahabat ni..
sebab aku tahu aku dengan seorang sahabat tu tidak akan melebihi daripada seorang sahabat..

tapii..
bila bersahabat berbagai ujian yang akan menimpa..
lebih teruk lagi dari bercinta..
Cinta tu, boleh datang dan pergi..
tapii,,
Sahabat??
xkan pernah pergi dan hilang pun dalam kehidupan sesiapa di dunia ni..
siapa-siapa yang kehilangan sahabat seharusnya akan menyesali perbuatan mereka..
kerana sahabat, senantiasa akan berada disisi kita sepanjang hayat..
walaupun seorang sahabat tu pernah menyakiti hati kita dan sebaliknya..
kenangan bersama sahabat juga akan kekal abadi dalam kehidupan seorang sahabat..

utuhnya ikatan persahabatan itu bagaikan darah yang sama-sama mengalir di dalam tubuh sahabatnya..
apa yang dirasai sahabatnya,,
kegembiraan,kesakitan,kesedihan,kedukaan,kepiluan,dan kerinduan..
adalah yang bersama..

kasih sayangnya terhadap sahabatnya tidak perlu diluahkan kepada sesiapa.. 
kerana..
kasih sayangnya itu utuh dan tetap utuh..
kesakitan yang dirasai apabila sahabatnya itu menyakitinya juga tidak perlu diheboh-heboh.. 
kerana..
itu mungkin salah satu kelemahan sahabatnya..
mungkin juga kesalahan yang tidak disengajakan..
apabila ia dihebohkan..
apa pandangan sahabat lain terhadap sahabat baiknya..
positif? negetif??

sahabat..
satu ungkapan yang sangat-sangat mudah..
tetapi..
dalam bersahabat tidaklah semudah menyebut S.A.H.A.B.A.T
............

bersahabat amat sukar andai kita rapuh dengan anasir luaran yang sering datang meruntuhkan istana persahabatan..

bersahabatlah sehingga kita menutup mata kerana sahabat itu mampu memberikan senyuman yang sentiasa dikenangi dalam apa jua keadaan

sayangi sahabat yang menyayangi kita kerana kasih sayang seorang sahabat itu berputik dari keikhlasan hati seorang sahabat

ForEvER

aku mengakhiri sebuah episod persahabatan dengan sebuah senyuman agar persahabatan yang hakiki terjalin antara kami..
jauh disudut hati semua sukar untuk memahami antara yang lain tapi dengan keikhlasan hati semuanya semudah..
ABC



Sabtu, 28 April 2012

hANya pAda-MU


Ya tuhan,,
Aku bermohon kepada Mu supaya menabahkan aku dalam menangani apa jua keadaan yang datang melandaku..aku sebenarnya lemah dalam ujian yang KAU berikan kepada aku..aku takut untuk berhadapan dengan masalah aku sendiri sebenarnya..aku sentiasa takut untuk tahu dimana sebenarnya silap aku..

Tuhan,,
Aku tak tahu kenapa aku selalu lupa kepada Mu??aku alpa dengan kehidupan dunia ini..aku ni manusia yang tak pernah reti bersyukur,,maafkan aku ya Allah..aku sebenarnya takut kepada Mu tapi di sebabkan kelalaian aku, aku menjadi seorang manusia yang ego,manusia yang tak pernah reti untuk bersyukur kepada Mu dan manusia yang hipokrit menjadikan aku manusia yang sentiasa mahu jadi yang terbaik sedangkan aku ni lalai dalam menyembah Mu..manusia apakah aku ini??...

Ya Allah,,
Ampunkan dosa2 ku..aku mahu jadi seorang hamba Mu yang taat kepada Mu dan menjadi seorang hamba Mu yang sentiasa mengingati Mu walaupun pada ketika itu aku telah mendapat sebesar nikmat daripada Mu..aku tidak mahu menjadi seorang hamba yang lupa kepada janji2ku.aku malu kepada Mu ya Allah kerana aku telah banyak melakukan dosa dan tanpa puas aku sentiasa melakukannya..aku bermohon setiap keinsafan yang aku rasakan akan sentiasa melekat di dalam hati ku ini dan aku akan menjadi seorang manusia yang benar2 mengingati Mu…

Ya Allah,,
sementara aku masih lagi hidup didunia ini aku bermohon di atas kesempatan yang ada..pertemukanlah aku dengan seseorang yang benar2 menyayangi aku..aku tahu terlalu sukar untuk aku mendapatkan seseorang yang begitu sempurna seperti insan yang benar2 menyayangi aku, insan yang benar2 boleh menerima diri aku seadanya dan insan yang begitu taat kepada_Mu..

Ya Allah,,
senentiasanya aku sentiasa meminta petunjuk kepada Mu supaya Engkau sentiasa membuka ruang di hati ku jika lelaki itu tidak seperti yang aku inginkan kerana aku percaya setiap apa yang Engkau pertemukan untuk aku adalah yang terbaik untuk diri aku,,aku sentiasa bermohon kepadaMu bahawa lelaki yang akan menemani ku adalah insan terpilih Mu iaitu insan yang terbaik buat diriku..................

Ya Allah,,
siapa di antara insan Mu yang akan menerima cinta aku??aku ingin sekali tahu siapakah dia??..walau kadang kala aku telah menyukai seseorang aku perlu akur dengan hati aku supaya berpegang pada janjiku dan berdiam diri serta menunggu saja datangnya insan yang bergelar kekasih..walaupun penat menunggu insan istimewa ini aku tahu mungkin selepas ini insan itu akan memberikan kebahagiaan yang tiada tandingnya untuk diri aku..insyaAllah....Aminnn....




di kAla Ini


cinta..
itu yang selama ini aku cari..sehinggakan pada suatu ketika itu aku telah bertemu dengan cinta sejati aku..aku benar2 berharap bahawa itulah penhujung kisah cintaku untuk selamanya...aku benar2 menyanyanginya..aku terlalu sayangkannya sehinggakan aku taburkan segala kepercayaan aku hanya untuk dirinya..walaupun aku terpaksa mempertahankan cinta ini aku rela demi cinta aku yang satu,walau tanpa aku sedari bahawa si dia sudah tidak mencintai aku lagi............................. bagaikan matahari tanpa sinarnya...aku bagaikan dilanda sejuta musibah bila aku telah tahu dia sudah mencintai yang lain..bagaikan di hantuk kepala aku dengan ribuan batu yang besar yang telah menjadikan aku manusia yang sudah tidak bernyawa lagi..kenapa harus aku yang merasakan sakit sebegini???

cinta..
kenapa engkau menyiksa aku??kenapa harus aku yang merasakan betapa pahitnya kehidupan menjadi seorang pencinta yang setia???hancurnya hati aku bila aku tahu kekasihku mencintai yang lain..mengapa harus aku yang terlalu menyayanginya??aku kecewa, terlalu kecewa..sakitnya tak dapat aku nak gambarkan..pedihnya tak dapat aku nak rasakan..malunya tak dapat aku nak luahkan..mana perginya cinta aku yang satu itu??mana perginya cinta sejatiku??aku teramat kecewa bila mana aku yang terpaksa tangggung semuanya tanpa dirimu..

Ya Allah,,
sesungguhnya aku telah sedia menanti insan yang bergelar lelaki..aku tidak tahu siapakah si dia yang akan menjadi miliku dan insan yang akan menjaga aku nanti..aku berharap aku akan menemui sidia dengan hati yang terbuka...

janji..
kenapa harus aku yang di kecewakan??kenapa harus aku yang merasakan??dan....kenapa harus aku yang di tinggalkan....?????kerana janji aku merana..kerana janji jua aku yang luka...haruskah janji di ukir dulu sebelum dia mendapatkan cinta aku??kenapa harus ada janji itu sedangkan ia takkan di tunaikan untuk diriku??



ya allah...
alpakah aku menjadi seorang hamba Mu??mengapa baru kini aku mencari diri Mu??ampunkan aku selama menjadi hamba Mu..aku sedar betapa hinanya aku,kotornya aku,kejinya aku selama ini..aku lupa kepada penciptaku..aku lupa kepada yang satu..akibat terlalu mengejar cinta seorang manusia aku alpa kepada tanggungjawabku sebagai seorang hamba..maafkan aku ya allah..kini aku telah tahu,,cinta Mu kepada ummat Mu takkan pernah berubah sebagaimana cinta sesama manusia yang semestinya takkan pernah puas untuk mengejar cinta dan mencari cinta....

ya allah..
mengapa harus ada cinta di dunia ini??aku takut untuk berhadapan dengan cinta seorang manusia walaupun aku sedar aku sebenarnya sangat memerlukan kasih dan sayang seorang manusia..bantulah aku ya allah,,sesungguhnya aku terlalu berharap kepada diri Mu bahawa aku menjadi seorang manusia yang tabah sehingga ke akhir cintaku..........................; )




Sabtu, 21 April 2012

Hampa




TOKI..."HAMPA"

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

( korus )
Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

( korus )
Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh



sedihkan dengar lagu ni?? aku pun..lagu ni pernah ditujukan buat aku masa kisah cinta cintan dulu la.. hurmmm, aku ni mcm tu ka?? dalam dunia percintaan tiada apa yang betul dan aku xboleh nk bg harapan pada siapa2 sebab kita tak boleh paksa tentang CINTA.. apa yang boleh aku katakan pada sia dia yang dah lama aku tinggalkan..aku xboleh mengecewakan dia..lebih baik aku sakitkan hati dia dari dia terus mengharapkan aku.. tapi..........................,,,,, sekarang aku yang merana kerana cinta..aku yang ditinggalkan kerana cinta,,adilkan dunia ni..dia bagi kita bahagia dan berikan kita juga kesedihan..kalau dulu kita kecewakan seseorang sekarang kita pula yang akan dikecewakan..apa2 pun hati2 dengan cinta kerana ia sangat sakit bila cinta itu telah tinggalkan kita..manisnya saat pertemuan dan sakitnya bila tibanya saat perpisahan walaupun bukan itu yang kita inginkan..

buat yang masih lagi bersama yang tersayang,,hargailah 'dia' kerana kita akan menyesal setelah kita tinggalkan 'dia'..sayangi dia setulusnya..ikhlas hati menyintai 'dia' dan cintai dia seperti mana dia menyintai dirimu..jangan kerana "orang ketiga" cinta kita berakhir..ingatlah saat2 pertama kali pertemuan kita dengan sidia..bahgiakanlah sidia walaupun saat2 itu kita tidak mampu dibahagiakan..kerana setiap insan hanya mahu <CINTA YANG BERKEKALAN> sahaja..

wassalammm...

DEFINISI namaku....

apa yang ada pada nama ku???
indahnya ciptaan tuhan..setiap maksud yang tertulis buat kita adalah yang paling indah..hargai nama yang telah diberikan kepada kita kerana secantik dan sebaik2 nama adalah nama milik kita..=)



NORHASLINZA
N Naif
O Oportunis
R Ramah
H Harum
A Amanah
S Suci
L Lemah-lembut
I Ikhlas
N Naif
Z Zingy
A Alim


Rabu, 18 April 2012

Secukup Sederhana


Tak perlu yang terlalu kuat agama
Cukuplah yang jaga agama
Pasti nanti agama kami terbela.
Tak perlu yang tahu Islam
Cukuplah yang mahu Islam
Pasti nanti kami menuju Islam.
Tak perlu setinggi-setinggi pelajaran
Cukuplah yang tinggi cara pemikiran
Pasti nanti usaha kami seiring kehidupan.
Tak perlu pencapaian
Cukuplah persepsi dan kematangan
Di situlah dia mengagumkan.
Tak perlu yang petah berhujah
Cukuplah yang mudah berbincang sama
Pasti nanti masalah kami terlerai jua.
Tak perlu harta kekayaan
Cukuplah kami tidak kelaparan
Pasti nanti kami selesa dengan kehidupan.
Tak perlu segak kacak bergaya
Cukuplah hatinya jadi rupa
Pasti nanti kami tak sengsara.

Tak perlu yang gigih bekerja
Cukuplah yang bertanggungjawab dengan dunianya
Untuk melengkapkan akhirat keluarganya.
Tak perlu sesempurna mana
Cukup sekadar lelaki biasa
Pasti masjid kami jadi luar biasa.
Bukankah rumah tangga itu lubuk pahala?
Dia yang bijak takkan sia-siakannya
Dia pasti tahu tindakannya
Untuk mencari keluarga bahagia
Hidup di dunia tenang selesa
Membawa kami ke syurga sana.