Isnin, 26 Mac 2012

assalamualaikum semua..terima kasih kerana sudi singgah sebentar di ruangan sEhaT! diRaSa..
ucapan tak terhingga kerana diriku mempunyai tempat di sini..hahaha < ayat scdey >
aku mencipta ruangan ini adalah kerana aku rasa aku perlu jgk untuk brkongsi sesuatu dengan seseorang..
mampu ke tak tu bergantung atas aku nak memenuhi segala apa yang berlaku.. pengalaman sedih,manis,pahit,suka,duka semuanya sentiasa terpahat dihati.. walaupun kenangan dan pengalaman itu sebenarnya amat menyakitkan hati..tapi sebenarnyanya jugak pengalaman tulah yang mematang aku menjadi seseorang yang sangat matang..pengalaman tu jugak yang dah banyak aku erti kehidupan..


//aku hepi sangat2 dapat peluang menghirup udara di bumi Allah yang banyak dugaan//

kegembiraan yang aku rasakan ini insyaAllah akan sentiasa berpanjangan..ingatlah teman2, bahawa kesakitan yang kita rasakan ini sebenarnya sangatlah kecil berbanding dengan kesakitan yang dirasai oleh golongan2 lain seperti OKU yang telah ditarik sedikit kelebihan mereka..kita patut bersyukur, walaupun kita ni ditimpa kesedihan dan kesakitan yang teramat sangat ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita dan Dia juga sentiasa melihat kita dari jauh.. berpeganglah kepada yang satu iaitu Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan-Nya ( Allah )

.........kehidupan yang abadi dan hakiki hanyalah disyurga..........



Sabtu, 24 Mac 2012

{{{ sEdingiN maLaM..Merapu, mErabaN }}}

mengenang kembali apa yang dah berlalu..
fikiran ku masih lagi terganggu mengenangkan mu..
(( jiwang lak malam2 ni ))

tukar2..

menanti someone special in my life>>
who's that??????
spa ekk..
agaknya bla PrincE Charming tu nk my lamar aku..huhu
sabar 'LIN' nnti ko akan dpt yg pling baik n yang paling mulia d sisi-Nya..
Aminnnnnnnnn...
moga2 doaku sentiasa di perkenankan...hehe..




ehhhhhhhhh...ni adik akula..asal msuk pic dia lak..no way..       <<<where my PRINCE charming>>>

apa ni???
ska tdur lmbt..
mcm mna yer nk wt..
spya mta ni cpt2 jer asa nk tdor awai..
tu diala...ajaq lagi tdoq lmbt..

hahaha//>>
smkin malam smkin rncak,,

k,, la..gdnite malam.. =)

Tangisan Berharga




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia". Riwayat Abu Daud
Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡہِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مِن ذُرِّيَّةِ ءَادَمَ وَمِمَّنۡ حَمَلۡنَا مَعَ نُوحٍ۬ وَمِن ذُرِّيَّةِ إِبۡرَٲهِيمَ وَإِسۡرَٲٓءِيلَ وَمِمَّنۡ هَدَيۡنَا وَٱجۡتَبَيۡنَآ‌ۚ إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَـٰتُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ خَرُّواْ سُجَّدً۬ا وَبُكِيًّ۬ا
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

(Surah Maryam 19: 58) 


Jumaat, 23 Mac 2012

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?



Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.


TIPS BELAJAR


1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.


2) Disiplinkan diri.Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.


3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.


4) Utamakan seruan Allah S.W.T.Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."


Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.


5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.


Kesimpulannya, selamat beramal. 

Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.


Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.


pU!si C!ntA

Naluri insan mendambakan cinta 
Lumrah dicipta Tuhan itu sungguh mulia

 Namun mesti dipandu tepat syariatnya 
Kerana musuh Tuhan memasang perangkap cinta

 Namun kau tetap menghampirinya 
Yakin imanmu mampu mengawal gelora 
Tanpa kau sedar ia rapuh bak kaca 
Kini perangkap cinta sudah mengena

 Cinta yang tak bertempat kau hulurkan 
Mengundang nikmat secara istidraj 
Iblis dan syaitan ketawa riang 

 Cinta nafsu yang menjadi rujukan 
Membawa engkau ke alam khayalan 
Bermandi dosa yang engkau halalkan 

 Akhirnya si kecil yang menjadi mangsa 
Insan suci yang tidak berdosa 
Engkau zaliminya 

 Cinta yang salah saluran kau tagih
 Mengiktiraf engkau sang hamba abdi 
Si raja nafsu amarah yang zalim 

 Cinta terlarang yang engkau redahi 
Tuhan yang melihat engkau abaikan 
MurkaNya hebat azab pasti bertandang 

 Akhirnya sesalanmu tidak berguna 
Agama, dirimu, keluarga, sanak dan saudara 
Tercalar maruah

ujian itu keuntungan

Mengharapkan keredhaan Allah bukanlah suatu yang mudah buat mana-mana manusia yang benar-benar menuntut kasih dan sayang dari sang pencipta. Keredhaan Allah itu adalah hak untuk setiap manusia mendapatkannya, namun ia hanya benar-benar layak untuk hamba-hamba yang runtun hati dan jiwanya hanya untuk diserahkan kepada Allah. Setiap manusia mahu mendapatkan yang terbaik untuk hidup mereka. Ramai yang sedar bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sebelum manusia dihidupkan semula di akhirat kelak. Namun buat insan yang benar-benar menuntut keredhaan Allah jalan perjuangannya tidak akan dihiasai dengan perkara yang indah, sebaliknya Allah akan mengujinya dengan pelbagai ujian dan dugaan yang bakal menguji keikhlasannya dalam perjuangan.
Mengapa aku diuji? " arghh, kenapalah tuhan tidak adil kepada aku"....kenapa aku diuji sebegini sedangkan manusia lain tidak..tension betul.." Sememangnya buat jiwa dan hati yang tidak cekal dengan ujian yang diberikan akan terus menyalahkan fitrah dan norma kehidupan. Lebih parah ada yang menyalahkan Allah sebagai pembeban kepada hidup mereka. Manusia diuji kerana dirinya sudah mendapat perhatian di pandangan Allah, tetapi pandangan yang bagaimana? Pandangan itu ialah pandangan kasih dan sayang pencipta kepada hambanya. Beruntunglah manusia yang sering diuji kerana hidupnya mendapat perhatian dari Allah yang maha mengatahui mengapa ujian itu diberikan. Bayangkan anda dihimpunkan bersama-sama seluruh penduduk dunia di padang masyar, dalam keramaian manusia tadi tiba-tiba nama anda dipanggil Allah untuk menjadi tetamu syurga. Beruntunglah si pemilik nama tadi yang untungnya tiada tandingan walaupun seberat bulan , matahari dan bumi. Begitulah juga dengan konsep ujian tadi, manusia yang diuji adalah manusia yang mendapat perhatian dari Allah. Dalam berbilion penduduk bumi tetapi hanya satu nama yang mendapat perhatian untuk diuji dengan ujian yang tertentu. Bukankah itu adalah satu keuntungan buat manusia yang diuji tadi? Dengan ujian tadi Allah akan mengangkat martabat hambanya jika dia ikhlas dalam menempuh bebanan yang diamanahkan kepadanya.Sebagai seorang hamba juga kita perlu ingat, ujian yang diterima oleh kita tidak akan sama dengan insan yang lain. Jika kita merasa diri sudah dipikul dengan ujian yang berat sebenarnya masih ramai yang diuji dengan ujian yang hebat dan berat. Pimpinlah Daku "Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka,dan merekalah orang-orang yang beruntung" Surah Al-Baqarah 2.5 Hayatilah ayat diatas tadi, sesungguhnya janji Allah adalah benar-benar belaka dan tiada dusta. Allah menjanjikan buat hamba-hambanya yang beramal soleh dengan keuntungan yang tiada nilainya di bumi ini. Buatmu teman seperjuangan,andai sebelum ini hatimu sering mengeluh dengan ujian yang diturunkan kepadamu maka muhasabahlah segera niatmu dalam menuntut ilmu. Apa yang kita cari sebenarnya semasa menutut ilmu? wanita, kedudukan,kekayaan atau sebaliknya? Apakah kita tidak merasa untung bila mendapat perhatian dari Allah? Apakah kita akan mudah menyerahkan segalanya sebelum kita benar-benar menamatkan perjuangan yang sebenar di dunia ini. Bukan kita sahaja diuji, sebaliknya setiap manusia akan diuji dengan bemacam-macam jenis ujian yang berbeza. Hanya masa dan takdir yang akan menentukan samada kita ini benar-benar seorang pejuang atau sebaliknya. Renung2kanlah...
>>KiSah HAti yANg XtENteraM<< derai-derai angin malam ni.. menyayukan hati aku yang senantiasa diulit asa sedih.. mengapa harus aku merasakan segala pahit di hati?? mengapa harus aku yang rasakan segalanya walaupun bukan aku yang bersalah.. TEMAN... andai byk dosa yang telah aku lakukan terhadapmu.. ampunkan aku.. sesungguhnya aku tak pernah berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun,, aku sedar aku hanya manusia biasa ja..xlepas dari melakukan segala kesalahan.. ( berpuitis lak memalam ni,, ) huahuahua.. kesalahan yang kecil akan menjadi sesuatu yang sgt besar jika kita xpndai nk tanganinya,, smoga apa yang aku mahukan akan menjadi nyata kerana sesungguhnya teman itu sgt pnting dalam kehidupan aku,, ( betol2.. )
aku,, mencari sesuatu yg xpsti..agaknya aku dapat x apa yg aku nk kan tu..moga2 apa yg dah lepas bg aku pgjran yg terbaik wt hdup aku.. klu bleh aku nk dptkan ketenangan tu..huhuhu.. tapi kt mna?? pleZzzzzzzzzzzzz.. some One help me!!!!!!!! "ku cari mana.. mana kah silapnya..." dah lpa dah lrik lgu nih..haha